JA Opal - шаблон joomla Продвижение
YOU ARE HERE: Halaman Utama

Pesanan Saidina Ali

E-mail Cetak PDF

alt

Kami ingin kongsikan cara mendidik anak  seperti yang di ajarkan oleh Saidina Ali r.a.. Kaedah ini bukan sahaja bersesuaian digunakan untuk ibu bapa, malah, para guru, abang, kakak, jiran tetangga dan sebagainya.

 

7 Tahun Pertama (Awal kelahiran sampai umur 7 tahun)

    Bermainlah denganya dan bergurau senda.
    Bergurau dalam lingkungan umur ini dapat menjalinkan rasa kasih dan sayang dengan ibubapa.
    Kanak-kanak amat senang dengan permainan dan ketawa ria.
     

7 Tahun Kedua  (Selepas Kelahiran 7-13 Tahun)

    Disiplinkan anak-anak anda.
    Sebab itu Nabi bersabda : “Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun”.
    Pada ketika ini minda anak-anak sedang belajar buruk dan baik,  berkembang dan perlu dipimpin.
    Sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak ketika ini boleh meluruskan barisan dan berdiri tegak bila menyanyikan lagu negaraku. kerana dia telah di disiplinkan oleh guru-gurunya.
    Ketika ini ibubapa boleh mengendalikan mereka kerana mereka masih dibawah pengaruh ibubapa.
    Bak kata pepatah “Lentur buluh biarlah dari rebungnya”.
     

7 Tahun Ketiga(13 – 19 Tahun)

    Berkawanlah dengan mereka.
    Ketika ini pengaruh rakan sebaya adalah ancaman utama.
    pendekatan psikologi harus digunakan oleh ibubapa.
    Ketika ini mental mereka akan berubah serta perubahan fizikal nampak ketara. Dikala ini mereka sedang tercari-cari identiti mereka.
    Emosi mereka juga mudah terusik.. Ketika ini mereka memerlukan teman meluahkan segalanya.
    Jadilah teman yg baik kepada mereka. Jgn memperkecilkan emosi mereka.
    Bersedialah dengan jawapan yg bernas apabila ditanya oleh mereka. Belajarlah konsep keibubapan. Supaya senang mengendalikan masalah anak.
    Kalau kita tidak dapat menjawab pertanyaan mereka maka jangan salahkan orang lain kalau anak-anak ini mencari jawapannya sendiri. Mungkin dia mencarinya dari kawan-kawan  atau membuat rumusannya sendiri.
     

7 Tahun Keempat  (19 Tahun- Sehingga dia berumah tangga)

    Layanlah mereka seperti seorang dewasa.
    Pada ketika ini mereka sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup.
    Elakkan melayan mereka seperti anak-anak kecil.
    Pada ketika ini tegurlah mereka dengan cara dewasa.
    Ketika ini mereka boleh dibawa berbincang.

InsyaAllah,  jika mereka di didik dengan cara begini sejak kecil, masalah kerosakan akhlak anak-anak dapat kita atasi bersama.