JA Opal - шаблон joomla Продвижение
YOU ARE HERE: Halaman Utama

Puding Laici

E-mail Cetak PDF

Bismillah. Puding merupakan satu hidangan yang sangat segar dan menyejukkan tekak apabila dimakan. Sesuai sangat dihidang ketika cuaca panas (kecuali siang hari pada bulan puasa ya! …tunggu berbuka bolehlah makan).

Mudah dan cepat sahaja penyediaannya. Resepi ini diambil daripada sebuah blog tetapi telah diubah suai sedikit untuk rasa laici yang lebih segar. Semoga pahala sentiasa mengalir apabila pembaca mencuba resepi ciptaannya. Jom tengok dan cuba!


Bahan-bahan :

1 paket agar-agar 20g
7 cawan air
1 cawan gula (nak kurangkan pun boleh, tapi jangan tambah sebab ini dah manis-manis buah rasanya)
1 tin laici (kalau suka longan pun boleh)
1/2 tin susu cair

Cara masakan :

01.Basuh agar-agar, dan masukkan ke dalam periuk bersama 7 cawan air. Biarkan ia larut dan mendidih.

02.Sementara didih, asingkan laici dan airnya. Ambil sedikit laici dan kisarkannya (jangan terlalu hancur dan terpulang banyak mana).

03.Susun lebihan laici dalam bekas acuan/ loyang.

04.Apabila agar-agar sudah larut dan mendidih, masukkan gula. Biarkan mendidih. Masukkan laici yang dikisar tadi ke dalam agar-agar yang sudah larut itu. Kacau rata dan tutup api.

05.Masukkan lagi sedikit lebihan air laici dalam tin tadi dan susu cair. Kacau sehingga rata.

06.Masukkan hasil ke dalam bekas acuan.

07.Sejukkan sebelum memasukkan ia ke dalam peti sejuk. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk. Apabila sudah sejuk, bolehlah dihidang… Insya-Allah, rasanya sangat menyegarkan!

- Artikel iluvislam.com