JA Opal - шаблон joomla Продвижение
YOU ARE HERE: Halaman Utama

Resipi Ayam Bakar Madu

E-mail Cetak PDF

Selalunya kita lebih memilih makanan yang berkuah, tapi kali ni jom cuba sesuatu yang berbakar. Senang untuk menyediakannya malah boleh dimakan sebagai hidangan tengah hari, tak pun hidangan barbeku dalam aktiviti riadah bersama keluarga mahupun sahabat handai.

 

Bahan-Bahan

 

4 ekor ayam spring chicken

Bahan-Bahan untuk dikisar

 

2 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar serbuk ketumbar

1 ½ sudu teh serbuk jintan halus

2 batang serai

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

¼ inci lengkuas

2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)

1 biji bawang besar

2 sudu besar air limau kasturi

3 sudu besar gula pasir

3 sudu besar madu

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

Cara Masakan

 

01. Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.

 

02. Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180′C.

 

03.Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap.

 

04.Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.